TAHNIAH! DARI 300 PENYERTAAN, ANDA TERPILIH!

Assalamualaikum & Hi!

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Khas kepada anda yang bakal menghadiri ke program Integrasi Teknik & Strategi Pemasaran Digital.

Beberapa pengumuman penting untuk anda.

1. Anda dikehendaki lapor diri pada 27 Mac 2018 (Selasa) pada jam 8.30 pagi. Sila bawa produk anda (jika bersesuaian).

2. Lokasi ialah Bilik MR1 & MR2, Tingkat 7, Hotel Premiera, Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur. (Nombor Telefon Hotel 03-26151000)

2. Sila sediakan duit yuran sebanyak RM212. Pihak MARA akan sediakan kaunter untuk pembayaran.

3. Sila bawa pakaian yang mencukupi untuk program 3 hari.

4. Sediakan laptop yang sempurna dan Mobile Internet sebagai backup jika internet di hotel.

5. Sediakan alat tulis yang mencukupi. Workbook akan disediakan oleh pihak pengurusan program.

6. Tidak dibenarkan membawa pihak ketiga ke program ini atau menginap di bilik yang disediakan oleh pihak MARA.

7. Anda dikehendaki mengikuti program dari awal sehingga tamat program pada 29 Mac 2018.

8. Sila patuhi arahan dari pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

9. Sediakan Kad Debit atau Kad Kredit bagi tujuan pengiklanan FB ADs pada hari ketiga. Kegagalan menyediakan kad ini menyebabkan anda akan ketinggalan.

10. Pastikan telefon bimbit anda mempunyai capaian internet dan applikasi Facebook. Akan ada aktiviti menggunakan FB di dalam telefon bimbit anda.

Jika ada apa apa masalah, sila hubungi 013-998 8660.

Kami sudah bersedia bersama anda 27 Mac ini!

Jumpa anda di sana!

 

 

AMIRUDDIN BIN AHMAD,
Growth Tribe Solutions